Home PolitikBarisan Nasional Hanya 2, 3 kerat yang ‘boo’ kumpulan pro Muhyiddin – Puad Zarkashi

Hanya 2, 3 kerat yang ‘boo’ kumpulan pro Muhyiddin – Puad Zarkashi

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menjelaskan, kumpulan yang menyindir usul tiada pertandingan dalam pemilihan parti itu hanya dilakukan sebilangan ketua bahagian sahaja.

Sebaliknya beliau berkata, hampir dua pertiga perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) semalam berdiri menyokong usul tambahan mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

“Suka puak yang boo usul tiada pertandingan. Masakan tidak, 1 satu 2 portal termasuk Utusan Malaysia buat ‘headline’ usul tiada pertandingan kena boo,

“Padahal yang boo itu hanya 2, 3 kerat Ketua Bahagian yang pro perancang utama SD (Akuan Bersumpah) dokong Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri,

“Sedangkan hampir dua pertiga perwakilan berdiri sokong usul tambahan oleh wakil Negeri Sembilan,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Mohd Puad berkata, bagaimanapun, apabila pembahas seterusnya menyokong usul tiada pertandingan kumpulan itu ‘senyap menyepi’.

“Apa pun tengok hari ini. Usul itu akan diundi. Jangan pula tuduh di belakang, parti tidak demokratiik setelah diundi. Boo itu sendiri adalah demokrasi walaupun tidak bersusila,” katanya lagi.

Pada Jumaat, beberapa portal berita melaporkan PAU 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hangat apabila perwakilan Negeri Sembilan mencadangkan usul tambahan, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Usul yang dikemukakan itu mendapat reaksi berbeza daripada perwakilan yang mana ada suara teriakan ‘boo’ dan ada juga yang bertepuk tangan di Dewan Merdeka WTCKL.

Kemudian usul tersebut disokong oleh perwakilan Terengganu merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku.

Sorakan itu dibuat kerana segelintir perwakilan membantah cadangan usul tambahan itu.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply