KUALA LUMPUR, 2 Dis – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan 2 Timbalan Perdana Menteri dalam Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbirannya.
Mereka adalah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof.
Anwar membuat pengumuman tersebut selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong pagi tadi.
Selain itu, Ahmad Zahid turut dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah.
Anwar turut mengumumkan beliau juga akan menggalas tugas sebagai Menteri Kewangan.
Barisan Kabinet baru ini dijadualkan akan mengangkat sumpah jawatan pada jam 3 petang esok (Sabtu).
Menurutnya, barisan Kabinet akan dipanggil ke mesyuarat khas Isnin ini untuk penetapan peraturan-peraturan baharu.
Senarai Kabinet baru seperti berikut:
Perdana Menteri/ Menteri Kewangan: Anwar Ibrahim
Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah: Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan Dan Komoditi: Fadillah Yusof
Menteri Pengangkutan: Loke Siew Fook
Menteri Pertanian: Mohamad Sabu
Menteri Ekonomi: Rafizi Ramli
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan : Nga Kor Ming
Menteri Pertahanan: Mohamad Hasan
Menteri Kerjaraya: Alex Nanta Linggi
Menteri Dalam Negeri: Saifuddin Nasution
Menteri MITI: Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
Menteri Pendidikan Tinggi: Khaled Nordin
Menteri Sains Dan Teknologi: Chang Lih Kang
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat: Nancy Shukri:
Menteri KPDNHEP: Salahuddin Ayub
Menteri Undang-undang Dan Reformasi Institusi: Azalina Othman
Menteri Sumber Asli: Nik Nazmi
Menteri Pembangunan Usahawan: Ewon Benedick
Menteri Luar Negeri: Zambry Kadir
Menteri Pelancongan: Tiomg King Sing
Menteri Komunikasi: Fahmi Fadzil
Menteri Pendidikan: Fadhlina Sidek
Menteri Perpaduan: Ago Dagang
Menteri Agama: Dato Dr Naim Mokhtar
Menteri Belia dan Sukan: Hannah Yeoh
Menteri Kesihatan: Dr Zaliha Mustafa
Menteri JPM (Sabah Sarawak): Armizan Mohamad