Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tok Mat Menteri Pertahanan Malaysia yang baharu – Air Times News Network
Home Pertahanan dan Keselamatan Tok Mat Menteri Pertahanan Malaysia yang baharu

Tok Mat Menteri Pertahanan Malaysia yang baharu

by M.Daim

PUTRAJAYA, 2 Dis – Ahli Parlimen Rembau, Datuk Seri Mohamad Hasan dilantik sebagai Menteri Pertahanan.

Perkara tersebut disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mengumumkan barisan kabinet di Pejabat Perdana Menteri.

Menurut beliau, Majlis Angkat Sumpah akan berlangsung pada pukul 3 petang esok.

Mohamad Hasan atau dikenali sebagai Tok Mat kali pertama bertanding sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 yang lalu dan memenangi kerusi Rembau. Beliau pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan ke-10 pada tahun 2004 hingga 2018.

Kementerian Pertahanan merupakan portfolio pertama untuk beliau di peringkat Kerajaan Persekutuan  – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?