Home Pertahanan dan Keselamatan Helikopter PDRM terbabit kemalangan di Gelang Patah

Helikopter PDRM terbabit kemalangan di Gelang Patah

A+A-
Reset

KUALA LUMPUR, 10 Julai – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan kemalangan melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, berhampiran Sungai Pulai, Gelang Patah, Johor hari ini.

Menurut CAAM, helikopter yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang, jam 9.51 pagi membawa lima orang termasuk juruterbang.

“Kesemua lima individu di dalam pesawat telah berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),” kata CAAM.

Kesemua lima mangsa telah diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Johor.

CAAM berkata, semua mangsa sudah dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru untuk penilaian dan rawatan lanjut.

Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut peruntukan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.

Difahamkan, helikopter tersebut terlibat dalam tugasan berkaitan Majlis Penutup Nuclear Security Detection Exercise Malaysia-Indonesia-Thailand-Singapore 2025 (MITSATOM 2025) sebelum kejadian berlaku.

Maklumat awal kejadian telah disalurkan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru kepada pihak CAAM, dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATC) mengaktifkan misi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 10.37 pagi.-airtimes.my

#keselamatan #airtimes #PDRM #kemalangan

Leave a Reply