Home Politik Cadang kerajaan tubuh jawatankuasa siasat Islamofobia, jemput PAS beri kerjasama – Kit Siang

Cadang kerajaan tubuh jawatankuasa siasat Islamofobia, jemput PAS beri kerjasama – Kit Siang

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 2 Dis – Kerajaan dicadangkan agar membentuk jawatankuasa yang terdiri daripada pakar beragama Islam dan bukan Islam untuk menyiasat jika wujud mana-mana parti politik mempromosikan Islamofobia.

Veteran DAP, Lim Kit Siang berkata, jawatankuasa itu berfungsi bagi mengkaji isu melibatkan Islamofobia dan fobia terhadap mana-mana agama dalam negara.

“Tidak ada sebarang asas langsung kepada pertuduhan yang mengatakan DAP dan PKR bersifat Islamofobia ini, tetapi kerana tuduhan ini telah dibuat secara terang-terangan dan diulang-ulang, pertuduhan ini perlulah diambil serius walaupun tidak ada keperluan untuk reaksi yang melampau terhadap fitnah-fitnah ini,

“Saya cadangkan Kerajaan Persekutuan untuk membentuk sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada panel pakar Islam dan bukan-Islam bagi mengkaji isu tersebut terutamanya dari sudut matlamat Rukun Negara untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat,” jelasnya dalam kenyataan pada Jumaat.

Kit Siang menjelaskan, jawatankuasa ini perlu diminta memberikan cadangan mereka untuk memastikan Malaysia tidak terus terpolarisasi dan terpecah belah dengan politik toksik penipuan, syak wasangka, kebencian, perkauman, dan keagamaan.

Justerus itu, beliau mencadangkan agar jawatankuasa ini menjemput Presiden PAS, Tan Seri Abdul Hadi Awang, dan juga para pemimpin PAS yang lain untuk memberikan kerjasama dengan membuktikan pertuduhan-pertuduhan mereka terhadap DAP dan PKR yang dikatakan sebagai mempromosikan Islamofobia.

Terdahulu, Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya mendakwa DAP mempromosikan Islamofobia kepada golongan bukan Islam. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply