BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Dis – Kementerian Pertahanan Brunei Darussalam telah meterai kontrak perolehan sejumlah pesawat C-295MW dari Airbus.
Kontrak perolehan pesawat telah dimeterai di Bolkiah Garison, semalam.
Kementerian Pertahanan Brunei dalam satu kenyataan berkata, perolehan pesawat baharu tersebut akan menggantikan peranan CN235-110M yang dioperasikan oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) semenjak 1997.
“Pesawat Angkut tersebut akan menaiktaraf kebolehan ABDB untuk membuat pelbagai jenis misi diantaranya pengangkutan udara strategik, bantuan kemanusiaan dan bencana serta misi mencari dan menyelamat (Search and Rescue),
“Pembekalan pesawat-pesawat tersebut dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat.,” katanya.
C-295 merupakan pesawat pengangkut ringan dan sederhana yang dioperasikan pada 33 buah negara. – airtimes.my