Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Kerajaan Persekutuan akan dibentuk dalam masa terdekat – Muhyiddin

Kerajaan Persekutuan akan dibentuk dalam masa terdekat – Muhyiddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan menerima kunjungan daripada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan pembentukan kerajaan Persekutuan yang baru, susulan tamatnya Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), semalam.

Turut serta dalam pertemuan itu adalah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

“Pagi ini saya menerima kunjungan Abang Johari, Premier Sarawak dan Abdul Hadi, Presiden PAS untuk membincangkan pembentukan kerajaan persekutuan,

“Insya-Allah, kerajaan persekutuan akan dapat dibentuk dalam masa terdekat,” katanya ringkas dalam hantaran di Facebook.

Dalam hantaran yang sama, beliau berkata PN turut mengadakan rundingan dengan parti-parti lain yang sehaluan dan Ahli Parlimen bebas untuk tujuan itu. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply