Home Politik UMNO adakan 2 mesyuarat khas hari ini

UMNO adakan 2 mesyuarat khas hari ini

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan telah mengeluarkan notis 2 mesyuarat penting yang akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.

Beliau mengumumkan perkara tersebut di akaun media sosial rasminya dan menyatakan kedua-dua mesyuarat adalah ‘penting dan segera’.

“Mesyuarat Biro Politik UMNO termasuk Pengerusi Perhubungan Negeri akan diadakan pada tengah hari,

“Pada pukul 3 petang, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” katanya.

Namun begitu, Ahmad Maslan tidak menyatakan tujuan dan perkara yang akan dibincangkan semasa kedua-dua mesyuarat itu. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply