Home Semasa PRU-15: Tiada parti dapat majoriti untuk bentuk kerajaan

PRU-15: Tiada parti dapat majoriti untuk bentuk kerajaan

by M.Daim

PUTRAJAYA, 20 Nov – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh menyatakan tiada parti yang berjaya memperolehi majoriti lebih 50 peratus pada peringkat Parlimen dalam Pilihanraya Umum ke-15.

Menurut beliau, Pakatan Harapan (PH) memperolehi 76 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 51 kerusi, 30 kerusi Barisan Nasional (BN) dan masing-masing 22 kerusi bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan PAS.

“Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang 6 kerusi, sementara DAP memperolehi 5 kerusi dan calon Bebas, 2 kerusi,

“MUDA dan Parti Bangsa Malaysia masing-masing menang 1 kerusi,” kata Abdul Ghani semasa sidang media pengumuman keputusan rasmi PRU15 setakat 4.30 pagi.

Beliau menambah, 3 kerusi Parlimen tidak diumumkan atas beberapa faktor.

Pilihanraya untuk Padang Serai ditangguh berukitan kematian calon PH. Keputusan undian Kota Marudu dan Baram belum diumumkan berikutan faktor cuaca.

Jelas Pengerusi SPR, peratusan pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka adalah 73.89% untuk 219 kerusi Parlimen yang dipertandingkan. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply