Home PolitikPAS /PPBM / LAIN PN buka kerjasama bentuk kerajaan, tetapi bukan dengan PH

PN buka kerjasama bentuk kerajaan, tetapi bukan dengan PH

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 20 Nov – Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan mana-mana parti lain yang bersedia menerima prinsip gabungan itu, untuk membentuk kerajaan yang bersih dan stabil dalam pasca Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang berakhir semalam.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya juga akan berbincang dengan pimpinan parti dari Sabah dan Sarawak dalam masa terdekat bagi membentuk kerajaan yang bersih itu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan PN tidak akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

“Bagi tujuan pembentukan kerajaan Persekutuan, saya akan berbincang dengan pemimpin parti-parti di Sabah dan Sarawak dalam masa yang terdekat,

“Demi menjamin kestabilan, PN mengalukan penyertaan mana-mana parti yang bersedia menerima prinsip perjuangan PN untuk membentuk sebuah kerajaan yang prihatin, bersih dan stabil,” katanya dalam sidang media, pagi ini.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi sokongan padu kepada PN.

“Sokongan rakyat terutama daripada pengundi muda membolehkan PN mencapai kejayaan luar jangka,

“Kami ucapkan tahniah kepada semua calon yang menang kerusi masing-masing dan saya juga nak ucap terima kasih di atas pengorbanan seluruh jentera parti di atas kerja keras,” ujarnya.

Muhyiddin menjelaskan, sekiranya PN membentuk kerajaan Persekutuan bersama parti-parti lain yang sehaluan dengan PN maka pihaknya akan melaksanakan semua tawaran PN Best semasa tempoh berkempen diadakan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply