Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Ismail Sabri tak perlu salahkan orang lain – Muhyiddin

Ismail Sabri tak perlu salahkan orang lain – Muhyiddin

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 12 Okt – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyalahkan beliau dan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) sebagai punca sehingga menyebabkan pembubaran Parlimen adalah sebagai tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata, Perdana Menteri tidak sepatutnya menyalahkan sesiapa berhubung perkara itu, sebaliknya perlu bertanggungjawab terhadap apa yang sudah dilakukan

“Ia sangat tidak bertanggungjawab apabila sebagai Perdana Menteri menyalahkan saya dan ahli Kabinet mengenai apa yang berlaku sekarang,

“Mereka tidak patut salahkan sesiapa, mereka yang bertanggungjawab. Kita tidak pertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong yang perkenan PRU-15 atas budi bicara baginda kerana ia mengikut perlembagaan,

“Bukan dia kata dia setuju kerana ada desakan daripada sesiapa, kita minta seboleh mungkin jangan ada pilihan raya. Siapa sini suka pilihan raya masa banjir, tak ada kan,” katanya malam tadi.

Muhyiddin berkata, pihaknya meminta supaya seboleh mungkin tidak diadakan pilihan raya dalam tempoh terdekat ketika seluruh negara berdepan dengan ancaman banjir.

“Wakil saya dalam Kabinet berhak (mengutuskan warkah) kerana tiada perbincangan secara mendalam dan diputuskan dalam Jemaah Menteri untuk bubarkan Parlimen,

“Saya juga sebenarnya ada perjanjian dengan Ismail Sabri ketika beliau jadi Perdana Menteri dan antara kandungannya kalau nak bubar Parlimen sewajarnya bincanglah dengan pemimpin PN,

“Kenapa kita minta itu, kerana kita merupakan komponen terbesar dalam kerajaan, adilkah? Ini tidak adil. Jadi bila dia tahu semua orang serang dia dari semua arah, dia kata Muhyiddin punya salah, ini menteri yang salah,” ujarnya.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, apa yang dilakukan PN adalah untuk melaksanakan tanggungjawab parti terhadap kebajikan dan keprihatinan terhadap rakyat.

Semalam, Perdana Menteri mendedahkan tindakan Muhyiddin dan 12 menteri PN mengutus warkah kepada Yang di-Pertuan Agong membuatkan baginda kecewa dengan perkembangan politik semasa.

Jelasnya, pembubaran Parlimen pada Isnin adalah rentetan daripada tindakan Muhyiddin dan 12 menteri terbabit mencetuskan ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply