Home Semasa Eksesais SATRIA PERKASA mantapkan ketumbukan 5 Briged

Eksesais SATRIA PERKASA mantapkan ketumbukan 5 Briged

by Air Times News Network

KENINGAU, 27 Sept – Seramai 10 pegawai dan 199 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) terlibat dalam Eksesais SATRIA PERKASA secara Field Training Exercise (FTX) 5 Briged tahun 2022 bermula 16 hingga 25 September lalu.

Batalion Kedua Puluh Dua Rejimen Askar Melayu Diraja (22 RAMD) dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais FTX ini merupakan kesinambungan dari Eksesais SATRIA GAGAH yang dilaksanakan secara Command Post Exercise (CPX) pada 6 hingga 13 September di Dewan Kinabalu, Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu.

“Objektif pelaksanaan eksesais ini bertujuan untuk menguji fungsi elemen pemerintahan dan Staff Command serta Staff Function pasukan di bawah naungan 5 Briged,

“Eksesais ini juga melibatkan elemen bantuan tempur dan bantuan khidmat khususnya terhadap aspek perancangan serta pelaksanaan yang diselia melalui perintah,

“Ekesesais ini juga di kawal selia melalui Pelaku Biru, Pelaku Merah, Wasit, Tim Staf Planning Eksesais (SPE), Tim Evaluasi Doktrin dan Tim Evaluasi Latihan,” katanya.

Manakala, kemuncak eksesais ini telah diadakan dengan fasa serangan akhir. – airtimes.my

Gambar galeri:

 

 

Related Articles

Leave a Reply