Home Politik Hala tuju GTA adalah ‘Janji 100 hari 2.0’ – Puad Zarkashi

Hala tuju GTA adalah ‘Janji 100 hari 2.0’ – Puad Zarkashi

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 18 Sept – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, hala tuju Gerakan Tanah Air (GTA) sama taraf dengan janji 100 hari yang penuh penipuan dan kegagalan.

Beliau berkata demikian, bagi mengulas hala tuju GTA yang diumumkan oleh Pengerusi Penaja GTA yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Katanya, perkara tersebut sebenarnya adalah hala tuju Tun Dr Mahathir dan boleh disebut sebagai ‘Janji 100 hari 2.0’.

Menurutnya, fokus GTA ialah rakyat yang kebiasaannya tidak bersuara dalam politik dan mahu menyatukan mereka yang tidak berparti.

“Tetapi sudah dibuktikan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Sasaran GTA itu gagal. Semua calonnya hilang deposit,

“Tun Dr Mahathir sudah banyak peluang kerana 2 kali jadi Perdana Menteri. Dia mensia-siakan peluang kali kedua,

“Dia zalim kepada rakyat dengan janji 100 hari. Bahkan semakin zalim pada musuh politiknya. Rakyat tetap gerun dengan hala tuju terbaharunya,” katanya dalam hantaran di media sosialnya, pada Ahad. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply