GOMBAK, 18 Sept – Batalion Ke-25 Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) telah melaksanakan Program Kerohanian dan Kesedaran (Kampus Dakwah) erat hubungan tentera dan masyarakat setempat di GIBS Ecotourism Resort, Batu Caves, Selangor, kelmarin.
Briged Ke-11 Infantri Malaysia (11 Bgd) dalam hantaran di media sosialnya berkata, seramai 9 pegawai dan 40 anggota serta lebih 300 orang awam pengunjung GIBS Ecotourism Resort terlibat dalam Program Jiwa Murni ini.
“Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Kelas Penyembelihan, Pameran Ketenteraan (Survival), Kelas Rukhsah Solat dan Pengurusan Jenazah,
“Turut diadakan Pemeriksaan Kesihatan, Persembahan Kelab Pacuan 4 X 4 dan ceramah agama” katanya.
Katanya, program ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan tentera dengan awam.
“Program diadakan sejajar dengan Tonggak Kelima Panglima Tentera Darat Ke-28 iaitu ‘Peningkatan Hubungan Tentera dan Awam’ serta juga selari dengan Perintah Ulung Panglima 11 Bgd ‘Hubungan Tentera Dengan Awam,” ujarnya. – airtimes.my