KUALA LUMPUR, 16 Sept – “Tanggal keramat 16 September wajar dijadikan titik tolak untuk menyemarakkan lagi perpaduan berteraskan nilai Keluarga Malaysia; keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Ismail Sabri menerusi hantaran di media sosialnya mengucapkan Selamat Hari Malaysia 2022 kepada seluruh Keluarga Malaysia di mana jua berada.
“Semoga Keluarga Malaysia terus menjunjung semangat integrasi nasional, kesetiaan kepada raja dan negara,
“Semoga Malaysia terus dipelihara dalam keamanan dan kemakmuran. Selamat Hari Malaysia, Keluarga Malaysia – Teguh Bersama!,” katanya.
Hari Malaysia 2022 disambut di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Bandar Hilir, Melaka, hari ini. – airtimes.my