Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Tentera Darat gagalkan cubaan seludup rokok bernilai RM105,000 di Kota Tinggi

Tentera Darat gagalkan cubaan seludup rokok bernilai RM105,000 di Kota Tinggi

by Nurulhuda

KOTA TINGGI, 16 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) telah menggalkan cubaan penyeludupan 35 bungkusan rokok seludup pelbagai jenama yang dianggarkan bernilai RM105,000.00 di kawasan Pantai Tanjung Buloh, Sedili Kechil, awal pagi tadi.

Markas Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Div) dalam kenyataan memaklumkan, Rampasan Barang Tanpa Tuan (RBTT) itu berlaku di sektor Operasi Benteng (Op Benteng) di kawasan tanggungjawab Briged Ketujuh Infantri Malaysia (7 Bgd).

Jelas Markas 3 Div, hasil maklumat perisikan, tim Quick Reaction Force (QRF) telah mengesan 1 longgokan kotak yang berada di pinggir pantai pada jam 2.30 pagi.

“Tim QRF mengesyaki kotak-kotak tersebut baru sahaja dinaikkan dari perairan dan menunggu masa sesuai untuk diambil oleh orang perantaraan,

“Longgokan kotak tersebut mengandungi pelbagai jenis rokok seludup pelbagai jenama seperti John British dan Mayor yang diletakkan di dalam 35 bungkusan kotak untuk dibawa ke pasaran Malaysia,” jelas kenyataan itu.

Semua RBTT telah dibawa ke Markas Taktikal Tanjung Sepang bagi proses penilaian dan dokumentasi, manakala laporan polis telah dilakukan di Balai Polis Bayu Damai.

Keseluruhan rampasan bernilai RM105,000.00 akan diserahkan kepada pihak Kastam Sungai Rengit untuk tindakan lanjut.

Tambah Markas 3 Div, pihaknya akan meneruskan atur gerak Tim QRF dan Tim Dron Op Benteng serta bantuan dari pasukan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi menjejak kemungkinan saki baki PATI di sekitar kawasan tangkapan.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply