GERIK, 14 Sept – Tentera Darat Malaysia (TDM) melalui Markas Briged Kedua Infantri Malaysia (2 Bgd) telah melaksanakan Program Jiwa Murni (PJM) dan penyebaran produk Gerak Saraf Perang Saraf (GSPS) di Perkampungan Orang Asli Sungai Chiong, Gerik, pada Rabu lalu.
Markas 2 Bgd menerusi hantaran di media sosialnya memaklumkan, PJM ini dilaksanakan bersama-sama My Fund Action Perak MyFund Action – Perak.
“Antara aktiviti yang dijalankan adalah pembaikan salur paip air dari Empangan Gerik ke kawasan penempatan kampung yang dilaksanakan sejauh 3 kilometer (km) serta gotong-royong memasak dan sesi beramah mesra bersama Orang Asli kampung tersebut,
“Turut dilaksanakan adalah Program GSPS iaitu penyebaran produk Tentera Darat kepada Orang Asli kampung tersebut,
“Penyebaran produk GSPS ini telah mendapat sokongan dan sambutan yang baik daripada masyarakat Orang Asli di Gerik,” jelas hantaran itu.
Tambah Markas 2 Bgd, aktiviti ini melibatkan pegawai dan anggota Sel Risik MK 2 Bgd serta Batalion Kelapan Rejimen Askar Melayu Diraja (8 RAMD) yang sedang beroperasi.
Turut bekerjasama adalah anggota Bomba dari Cawangan Bomba Gerik, Perak.
Jelas Markas 2 Bgd, perlaksanaan aktiviti ini selaras dengan Tonggak ke-5 Perintah Ulung PTD iaitu Peningkatan Hubungan Tentera Darat dengan Awam. Ianya bertujuan memupuk nilai Patriotisma dan cintakan negara kepada Orang Asli terutamanya yang berada di dalam kawasan tanggungjawab 2 Bgd.-airtimes.my