Home Semasa Lebih 112,000 tandatangan petisyen Najib tidak wajar diampunkan

Lebih 112,000 tandatangan petisyen Najib tidak wajar diampunkan

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Petisyen Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak diampunkan kini mencecah lebih 112,000 pada Isnin.

Petisyen yang siarkan di laman Change.org semakin mendapat sokongan apabila angka itu dilihat meningkat setiap minit, sejak ia dilancarkan 24 Ogos lalu.

Setakat jam 4 petang hari ini, sejumlah 112,969 penyokong telah menandatangani petisyen tersebut.

Menurut BERSIH, petisyen itu dilakukan bagi meminta Yang di-Pertuan Agong agar tidak menggunakan kuasa pengampunan terhadap Najib.

Petisyen itu turut meminta agar Yang di-Pertuan Agong menitah Ketua Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pengarah Pesuruhjaya Pencegahan Penggubahan Wang Haram (AMLA) SPRM untuk menghadap baginda berhubung bukti kes melibatkan Hakim Nazlan Ghazali.

“Petisyen ini telah disokong oleh lebih 100,000 orang rakyat! Terus desak untuk capai 200,000 tandatangan sebagai isyarat bahawa Najib tidak wajar diampunkan!,

“Rakyat sepenuh hati memohon limpah perkenan Tuanku untuk mempertimbangkan rayuan patik-patik sekalian agar sebarang permohonan ampun oleh Najib, yang telah memberi malu kepada negara ini,

“Sebagai negara, kita tidak boleh bertoleransi dengan korupsi walau siapapun pelakunya. Biarlah Najib menjalani hukuman 12 tahun penjara dan membayar denda RM210 juta untuk dijadikan amaran kepada semua pemimpin yang sangka mereka boleh dengan korup menyalahgunakan kuasa,” jelas BERSIH. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply