Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the disabled-source-disabled-right-click-and-content-protection domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121

Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the server-ip-memory-usage domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home2/airtim2021/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa raih RM8 juta selepas 4 hari tayangan – Air Times News Network
Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Udara Air Force The Movie: Selagi Bernyawa raih RM8 juta selepas 4 hari tayangan

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa raih RM8 juta selepas 4 hari tayangan

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Selepas 4 hari tayangan, filem aksi ketenteraan, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa berjaya meraih kutipan tiket sebanyak RM8 juta.

Perkara ini dimaklumkan Golden Screen Cinemas (GSC) dalam hantaran di media sosialnya hari ini.

“Baru diumumkan: #AirForceTheMovie akan ditayangkan di Korea, Jepun, dan Taiwan, serta kutipan box office Malaysia kini RM8 juta selepas 4 hari tayangan!

“Tahniah team Air Force! Terima kasih Malaysia!,” katanya.

Selain ditayangkan di Malaysia pada 25 Ogos lalu, Air Force The Movie: Selagi Bernyawa turut ditayangkan secara serentak di seluruh pawagam di Singapura dan Brunei.

Filem ini mengisahkan tentang Kapten Adib dan Mejar Adnan bersama pasukannya yang terlibat di dalam misi bantuan kemanusiaan di Namburi iaitu sebuah negara yang sedang dalam pergolakan.

Di dalam perjalanan pulang ke Malaysia, pesawat mereka telah ditembak jatuh oleh pengganas.

Mengetahui perkembangan ini, TUDM telah mengarahkan misi untuk menyelamatkan mereka semua. Demi keselamatan bersama, mereka harus berkorban dan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir.

Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Aiman Hakim Redza, Nas-T, Sara Ali, Pablo Amirul, Johan As’ari, Luqman Hafidz, Anas Ridzuan, Jack Tan, Iman Corrine, Scha Alyahya dan Carmen Soo.

Air Force The Movie: Selagi Bernyawa dipersembahkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan TUDM bersama 5 syarikat penerbitan iaitu Multimedia Entertaimant, Golden Screen Cinemas, Astro, FXHammer Flims dan SixFun Media. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Comment

error: Aha??? Nak buat apa tu?