Home Semasa Pengorbanan seorang ayah tak mampu dibalas dengan wang ringgit

Pengorbanan seorang ayah tak mampu dibalas dengan wang ringgit

by Air Times News Network

ALOR SETAR, 12 Ogos – Pengorbanan seorang insan bergelar bapa yang sanggup meredah hujan dan panas demi menguruskan perihal pelajaran anaknya tidak mampu dibalas dengan kata-kata.

Rakaman video yang memaparkan seorang bapa yang sedang menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki sebuah basikal amat menyayat hati dan menarik perhatian penduduk  di sekitar Mergong.

Memetik perkongsian Cik Puan Gojes dilaman media sosial miliknya berkata, beliau sebak melihat kasih seorang ayah yang menggalas tanggungjawab mengambil anaknya dari sekolah dengan hanya menaiki sebuah basikal.

“Kaki si anak yang duduk dibelakang tiada tempat letak, jadi sememangnya lenguh untuk anak pakcik mengantungkan kakinya,

“Tambahan pula anaknya terpaksa mengalas beg yang berat,” katanya menerusi video yang berdurasi 51 saat itu.

Sangkaannya, rumah mereka dekat dengan sekolah tetapi kami sekali lagi terserempak dengan mereka di simpang lampu isyarat yang terletak agak jauh dari sekolah.

“Rata-rata yang melihat video tersebut turut mendoakan agar semoga Allah permudahkan urusan kehidupan pakcik ini dan ahli keluarganya serta jaga orang-orang yang membantunya,” ujarnya.-airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply