Home Semasa Mohd Zuki dilantik semula Ketua Setiausaha Negara secara kontrak

Mohd Zuki dilantik semula Ketua Setiausaha Negara secara kontrak

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bilah Shah telah memperkenankan pelantikan semula Tan Sri Mohd Zuki Ali sebagai Ketua Setiausaha Negara secara kontrak.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, lantikan tersebut adalah selama 2 tahun berkuat kuasa mulai 11 Ogos 2022 hingga 10 Ogos 2024.

“Pelantikan semula Mohd Zuki adalah atas kepentingan negara kerana perkhimatan beliau sebagai Ketua Setiausaha Negara masih diperlukan,

“Mohd Zuki, 60 yang dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara sejak 31 Disember 2019 merupakan seorang yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, Mohd Zuki juga berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Nanyang, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan; Pelajaran; Luar Bandar dan Wilayah; Hal Ehwal Dalam Negeri; Sumber Asli serta Alam Sekitar.

“Beliau juga pernah bertugas di Istana Negara, Jabatan Perdana Menteri dan pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Persekutuan Sarawak serta Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan,” ujarnya. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply