Home SemasaGlobal Dakwaan Putin sakit hanyalah angan-angan kosong – Panglima Tentera UK

Dakwaan Putin sakit hanyalah angan-angan kosong – Panglima Tentera UK

by M.Daim

LONDON, 18 Jul – Ketua Staf Pertahanan United Kingdom, Sir Tony Radakinmenegaskan dakwaan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin sakit sebagai satu angan-angan.

Beliau turut menyatakan perkara yang sama terhadap kemungkinan pemimpin Rusia itu  berisiko  untuk dibunuh.

“Tiada siapa dalam kerajaan Rusia mempunyai matlamat untuk mencabar Putin dan Rusia akan terus mengancam negara Barat,” katanya dalam satu wawancara dengan BBC pada Ahad.

Menurut beliau, operasi ketenteraan terhadap Ukraine telah menjejaskan reputasi Moskow. Tambahnya, impak ini turut didorong dengan kematian anggota tentera dan kemusnahan aset tentera Rusia dalam operasi yang dilancarkan semenjak 24 Februari lalu.

Sebelum ini, Putin dilaporkan tidak sihat selepas oligarch Rusia mendakwa pemimpin Rusia itu menghidap sakit kanser darah.

Menurut Business Insider, pihak perisikan Ukraine turut mendakwa Putin sedang berhadapan dengan masalah kesihatan dan situasi dalaman kerajaan yang goyah. Tetapi dakwaan ini telah mengundang skeptikal dari negara Barat berikutan kawalan rapat terhadap pemimpin itu adalah begitu ketat.

Vladimir Putin didakwa mengalami masalah kesihatan dan keadaan semasa dalaman Moskow yang goyah.

Dalam laporan oleh Ukrayinska Pravda, Ketua Perisikan Ukraine, Mejar Jeneral Kyrylo Budanov mendakwa satu cubaan bunuh telah dilaksanakan pada Mac lalu.

“Sumber Caucasus menyatakan cubaan tersebut gagal. Oleh yang demikian, tiada sebarang publisiti dibuat terhadap usaha ini dan ia sebenarnya telah berlaku,” katanya dalam laporan itu.

Budanov dalam satu wawancara dengan SkyNews menyatakan beliau yakin perang di Ukraine akan tamat pada tahun ini dengan melihat tahap kesihatan semasa Putin.

“Tahap kesihatan psikologi dan fizikal beliau adalah amat tidak baik,” kata Ketua Perisikan Tentera Ukraine yang berusia 36 tahun itu.

Perisikan Barat dalam satu laporan portal antarabangsa menyatakan dakwaan cubaan bunuh dan tahap kesihatan Putin adalah tidak tepat kerana tidak mempunyai petanda yang kredibel. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply