Home SemasaGlobal Rusia dakwa kuasai sepenuhnya wilayah Luhansk, Ukraine

Rusia dakwa kuasai sepenuhnya wilayah Luhansk, Ukraine

by Air Times News Network

MOSCOW, 4 Jul – Menteri Pertahanan Rusia, Sergey Shoygu memaklumkan, wilayah Luhansk kini berada di bawah kawalan Moscow sepenuhnya, pada Ahad.

Menurut laporan Agensi Anadolu, Sergey Shoygu telah memaklumkan ‘pembebasan Republik Rakyat Luhansk’ kepada Presiden, Vladimir Putin.

“Selepas kejayaan operasi ketenteraan ini, tentera Rusia dan Militia Rakyat Luhansk mengawal sepenuhnya bandar Lysychansk dan beberapa penempatan berdekatan,

“Jumlah kawasan wilayah yang dibebaskan setakat ini ialah 182 kilometer persegi,” kata Kementerian Pertahanan Rusia.

Donetsk dan Luhansk merupakan sebahagian daripada wilayah Donbas timur Ukraine, bersempadan dengan Rusia.

Wilayah tersebut merupakan tempat berlakunya pemberontakan yang disokong Rusia sejak 2014, apabila Rusia secara haram menguasai Semenanjung Crimea Ukraine.

Manakala, Putin mengiktiraf ‘kemerdekaan’ Donetsk dan Luhansk sebelum krisis Ukraine pada 24 Februari lalu.

Wilayah Crimea dan Donbas masih diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai wilayah Ukraine dan angkatan tentera negara itu terus memperjuangkannya.​​​​​​​

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply