Home Pertahanan dan Keselamatan Nelayan Vietnam terjun ke dalam laut diselamatkan

Nelayan Vietnam terjun ke dalam laut diselamatkan

by Air Times News Network

KUALA TERENGGANU, 3 Jul – Seorang nelayan Vietnam nekad terjun dari bot ke dalam laut dengan mengikat plastik dibadan dan berenang ke pelantar di Muara Kemaman, pada Jumaat lalu.

Pengarah APMM Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Ramli berkata, mangsa dikenali sebagai Truong Van Tam dan telah diselamatkan oleh pekerja pelantar minyak kira-kira jam 8.45 pagi.

“APMM telah menerima aduan dari pelantar Piatu Timur mengenai kejadian orang jatuh laut membabitkan seorang lelaki warga Vietnam yang menyelamatkan diri dengan berenang ke pelantar tersebut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Truong Van Tam dan telah diselamatkan oleh pekerja pelantar minyak kira-kira jam 8.45 pagi.

Beliau berkata, Maritim Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan telah dimaklumkan kejadian tersebut oleh pihak pelantar.

“Mangsa dipercayai Truong Van Tam yang bertindak nekad terjun dari bot dengan mengikat plastik pada badan dan berenang ke pelantar dengan membawa bersama barang peribadi seperti pengenalan diri, telefon bimbit, beberapa wang kertas Vietnam dan kad bank,

“Mangsa yang diselamatkan oleh pekerja pelantar minyak tidak mengalami kecederaan dan laporan ujian COVID-19 mendapati keputusan negatif,” ujarnya.

Seterusnya, mangsa telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Kemaman untuk siasatan lanjut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply