Home Pertahanan dan Keselamatan Veteran ATM tubuh dan guna SPRM sebagai kumpulan pendesak kepada kerajaan

Veteran ATM tubuh dan guna SPRM sebagai kumpulan pendesak kepada kerajaan

by Air Times News Network

SHAH ALAM, 3 Jul – Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan menubuhkan badan bukan kerajaan (NGO) yang diberi nama Suara Patriotik Rakyat Malaysia (SPRM) sebagai kumpulan pendesak kepada kerajaan.

Timbalan Presiden, Datuk Abdul Rahman Husain berkata, kumpulan pendesak ini akan melibatkan semua veteran tentera diseluruh negara.

“Kita sudah ada perancangan, pada 17 Julai ini, kita akan berada di Kuala Kangsar, 24 Julai di Pahang, selepas itu Melaka dan 13 Ogos dekat Kelantan dan Johor serta Sabah dan Sarawak,

“Kita buat macam ini kerana, rakan seperjuangan kita ramai tidak mendaftar dengan persatuan veteran ATM,” katanya dalam ucapan sempena Perhimpunan Reunion Bekas Perajurit RU6622 di Dataran Merdeka, Shah Alam, hari ini.

Timbalan Presiden, Datuk Abdul Rahman Husain berkata, kumpulan pendesak ini akan melibatkan semua veteran tentera diseluruh negara.

Beliau berkata, SPRM tidak berminat dengan politik, ia ditubuhkan untuk menuntut penyelarasan pencen, perajurit yang tidak berpencen dan pengampunan kepada veteran yang diberhentikan dibawah Para.

“Kita tidak mahu veteran dipergunakan lagi, kita akan terus perjuangkan untuk veteran yang berdaftar atau tidak,” ujarnya.

Manakala Presiden, Mejar Mior Rosli Mior Jaafar TUDM (Bersara) berkata, penubuhan SPRM telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

“Kalau kita bergerak diatas landasan persatuan veteran, akta veteran 2012 menghadkan pergerakan veteran, kita tidak boleh bercakap pasal politik dan agama, seolah-olah kita ini masih dalam ATM,

“Namun kami akur kerana itu dalam persatuan veteran, tiba masanya..saya bukan tubuh parti politik, hanya satu tubuh NGO dimana semua veteran diseluruh negara bersama kami untuk memperjuangkan perkara-perkara yang kita tidak boleh perjuangkan dalam persatuan veteran,” katanya pada sidang media selepas perhimpunan tersebut.

“Bukan kita hendak melawan kerajaan, tapi jangan cabar kami, kita ada 2 juta ahli,” kata Mejar Mior Rosli Mior Jaafar TUDM (Bersara)

Menurut Mior, NGO ini akan melibatkan semua suami, isteri dan anak-anak anggota tentera berumur 18 tahun ke atas.

“Bukan kita hendak melawan kerajaan, tapi jangan cabar kami, kita ada 2 juta ahli,

“Parti politik mana yang ada 2 juta ahli, selain parti politik yang sudah lama,” jelasnya. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply