Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat 28 PATI Myanmar ceroboh masuk negara ditahan

28 PATI Myanmar ceroboh masuk negara ditahan

by Nurulhuda

BUKIT KAYU HITAM, 25 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) menggagalkan cubaan 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar yang menyelinap masuk negara secara haram melalui sempadan Malaysia – Thailand dalam 2 siri tangkapan, semalam.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Div) dalam kenyataan berkata, tangkapan pertama melibatkan 9 PATI warga Myanmar dibuat pada jam 2.45 petang.

“Pasukan beroperasi di sempadan telah mengesan sekumpulan individu dalam keadaan mencurigakan keluar dari semak menuju ke arah jalan raya di Kampung Nibong, Tanah Merah, Kelantan dan berjaya menahan kesemua individu tersebut,

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemuanya 9 PATI yang terdiri daripada 5 lelaki dan 4 perempuan berumur di antara 17 hingga 35 tahun itu adalah warganegara Myanmar serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya.

9 PATI warga Myanmar yang dikesan dalam keadaan mencurigakan keluar dari semak menuju ke arah jalan raya di Kampung Nibong, Tanah Merah, Kelantan. Kesemua mereka berjaya ditahan.

Sementara itu, tangkapan kedua pula melibatkan 19 PATI warga Myanmar yang ditahan di kawasan semak di dalam kebun getah berhampiran jalan raya Changlun-Sintok, Kedah pada jam 4.30 pagi.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua PATI terdiri daripada 15 lelaki dan 4 wanita berusia 19 hingga 44 tahun itu tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” ujarnya.

Hasil 2 rampasan itu, pihak ATM turut merampas 18 buah telefon bimbit dan wang tunai dalam matawang Malaysia, Myanmar dan Thailand dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan RM13,380.05.

Kesemua PATI diserahkan kepada Balai Polis Nibong dan Balai Polis Bukit Kayu Hitam. -airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply