Home Pertahanan dan Keselamatan ATB 2 gagalkan aktiviti penyeludupan rokok, tembakau di Tawau

ATB 2 gagalkan aktiviti penyeludupan rokok, tembakau di Tawau

by Nurulhuda

TAWAU, 24 Jun – Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (MK ATB 2) telah mematahkan cubaan sindiket menyeludup masuk 645 karton rokok dan tembakau secara tidak sah (tidak bercukai) menerusi rondaan Operasi Benteng Bersama (Op Benteng Bersama) berhampiran Masjid Al Islam di Lorong Haji Salleh, semalam.

Markas Angkatan Bersama (MK AB) berkata, Tim Quick Reaction Force (QRF) telah mengesan tindakan mencurigakan seorang lelaki yang sedang memuat masuk barangan berupa kotak dalam bungkusan plastik hitam kedalam sebuah kenderaan sekitar jam 6.00 pagi.

“Tim QRF telah bertindak mendekati kenderaan tersebut tetapi lelaki tersebut berjaya melarikan diri,

“Hasil pemeriksaan awal mendapati kenderaan tersebut digunakan bagi tujuan membawa rokok dan tembakau seludup dari Indonesia ke Tawau,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Komander ATB 2, Brigadier Jeneral Abdul Karim Ahmad menjelaskan, pihaknya percaya kegiatan ini turut melibatkan sindiket warga tempatan dan warga asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap sekitar Tawau.

Jelasnya, nilai rampasan bagi 225 karton rokok seludup dari pelbagai jenama adalah dianggarkan bernilai RM26,775.00 manakala tembakau sebanyak 420 bungkus bernilai RM2,520.00.

“Kenderaan tersebut dianggarkan bernilai RM25,000.00 dan nilai keseluruhan rampasan adalah berjumlah RM54,295.00,

“Kesemua barang rampasan dan kenderaan telah diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk siasatan serta tindakan lanjut PDRM. Kes disiasat di bawah Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967,” tambah kenyataan itu. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply