Home Semasa Turki tidak setuju penyertaan negara pro-pengganas sebagai anggota NATO – Erdogan

Turki tidak setuju penyertaan negara pro-pengganas sebagai anggota NATO – Erdogan

by M.Daim

ISTANBUL, 30 Mei – Presiden Turki, Reccep Tayyip Erdogan menegaskan pendirian pihaknya untuk tidak bersetuju penyertaan Sweden dan Finland ke dalam NATO.

“Perbincangan dengan delegasi Sweden dan Finland telah gagal untuk mencapai objektif yang sepatutnya,

“Mereka mahukan persetujuan dari Turki tetapi tidak mengambil langkah sepatutnya,

“Malah, mereka membiarkan pengganas bebas di Stockholm dan diberikan pelindungan oleh pihak polis,” kata Erdogan selepas kembali dari Azerbaijan.

Menurut laporan media Turki, Hurriyet, Ankara mengkritik kedua-dua negara itu kerana mempunyai hubungan dengan Parti Pekerja Kurdish (PKK) dan Pasukan Pertahanan Rakyat Kurdish (YPG).

Sweden dan Finland telah memohon untuk menyertai NATO berikutan peperangan berlaku di Ukraine. Langkah yang diambil oleh Stockholm dan Helsinki telah mengundang kemarahan Presiden Rusia, Vladimir Putin, yang mengancam untuk melancarkan perang sekiranya hasrat kedua-dua negara itu tercapai. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply