[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=Kfcbil0B2Wk[/embedyt]
SHAH ALAM, 19 Mei – Polis sedang mengesan seorang pemandu kereta jenis BMW yang memandu secara berbahaya atau samseng jalanan di Kilometer 10 Lebuh Raya Persekutuan.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila pemandu kereta BMW berwarna putih telah membrek secara mengejut beberapa kali dan sengaja berhenti di lorong kiri serta mengganggu pengguna jalan raya yang lain.
“Dipercayai suspek bertindak demikian untuk menahan sebuah lori seperti dipaparkan dalam video tular berkenaan,
“Kes disiasat dibawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, tular di halaman Facebook video berdurasi 2 minit 50 saat dimana kejadian berlaku di Kilometer 10 Lebuh Raya Persekutuan, pada Isnin.
“Saksi atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Mohd Zulkifli Razak ditalian 019-4475767,” ujarnya. – airtimes.my