Home Semasa Polis cari lelaki buang patung sembahyang dalam tong sampah

Polis cari lelaki buang patung sembahyang dalam tong sampah

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=OccN8Uhv-T4[/embedyt]

 

KULAI, 19 Mei – Polis sedang mengesan sorang lelaki yang bertindak membuang patung sembahyang agama Hindu ke dalam tong sampah di Taman di Taman Scientex Senai, pada 15 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, pihaknya mengesan satu rakaman video berdurasi 42 saat yang dimuat naik pengguna akaun Facebook Krishnamoorthy Vichu yang memaparkan tindakan individu itu membuang patung tersebut.

Beliau berkata, kejadian tersebut telah mendapat perhatian masyarakat umum.

“Pada 15 Mei lalu jam 4.30 petang, polis telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki berkaitan kejadian itu dan rakaman percakapan pengadu telah diambil,

“Pengadu telah mengesahkan bahawa patung sembahyang Dewa Ganesh miliknya diletakkan di luar halaman rumah untuk hiasan dan bukannya untuk tujuan sembahyang,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pengadu juga memaklumkan tiada sebarang kerosakan ke atas patung tersebut dan ia telah diletakkan kembali ke tempat yang asal.

“Salinan CCTV di tempat kejadian telah diambil untuk sisatan lanjut dan kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat,

“Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau kedua-duanya,” ujarnya.

Menurutnya, orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali suspek berkenaan diminta menyalurkannya kepada polis atau Pegawai Penyiasat Sarjan Leon Kuda Anak Ikel di talian 012-7779338 untuk tindakan selanjutnya.

“Pihak polis juga menasihati orang ramai agar tidak sesekali menyentuh sensiviti agama yang boleh membawa kepada ketegangan kaum,” jelasnya lagi. – airtimes.my

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply