Home Semasa Isu perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara dibincangkan PM, Menteri Luar Singapura

Isu perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara dibincangkan PM, Menteri Luar Singapura

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 19 Mei – Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi salah satu perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan, semalam.

Ismail Sabri menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan, beliau telah menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya.

“Banyak perkara dibincangkan antaranya berkaitan sesi pemukiman pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura ke-10, hubungan dua hala, pelaburan, pelancongan, rentas sempadan, dan perjanjian Air Sungai Johor 1962,

“Kami juga membincangkan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura, dan projek Sistem Transit Pantas (RTS) aliran Johor Bahru-Singapura selain isu maritim dan ruang udara Malaysia dan Singapura,” katanya lagi.

Dalam masa yang sama, beliau turut berharap agar hubungan dua hala Malaysia dan Singapura terus kukuh demi kemajuan bersama. -airtimes.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan

Related Articles

Leave a Reply