Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin gagalkan sebuah lori bawa minyak diesel tanpa permit di Tawau

Polis Marin gagalkan sebuah lori bawa minyak diesel tanpa permit di Tawau

by Air Times News Network

TAWAU, 19 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) telah menahan sebuah lori tangki 10 tan mengandungi minyak diesel tanpa sebarang dokumen yang sah di Stesen Minyak Petron Balung, Taman Sawit.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4 Tawau, Deputi Superintenden Polis Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya telah menahan sebuah lori tangki yang sedang mengepam minyak diesel di stesen berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat sebuah tangki yang telah diubahsuai untuk menyimpan minyak diesel tanpa permit atau kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP),

“Lori tersebut dipandu oleh seorang lelaki berumur 38 tahun dan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM183,025,

“Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961,” katanya.

Tambahnya, rampasan dan tangkapan dibawa ke Markas Operasi PPM Tawau untuk tindakan lanjut. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply