Home Semasa Bakar mercun tepi jalan sambut ‘birthday’, 5 lelaki ditahan

Bakar mercun tepi jalan sambut ‘birthday’, 5 lelaki ditahan

by Air Times News Network

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=k5xCe4n1mUk[/embedyt]

 

SHAH ALAM, 18 Mei – Seramai 5 lelaki ditahan selepas didapati membakar mercun di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Setia Alam, ketika meraikan hari lahir rakan mereka, pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, suspek berusia lingkungan 30 hingga 42 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan dan kesemua tangkapan akan direman hari ini untuk siasatan lanjut.

“Pada 16 Mei lalu jam kira-kira 12 tengah hari, pengadu yang merupakan Ketua Polis Balai Setia Alam menyedari terdapat satu rakaman video bertajuk ‘Big Brother Birthday Celebration’ di laman sosial Tik Tok yang dimuat naik oleh pemilik @Yogen212,

“Hasil siasatan awal mendapati video berkenaan menunjukkan sekumpulan lelaki bermain mercun di tepi jalan berhampiran Plaza Tol Setia Alam,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, kejadian berlaku pada 14 Mei lalu jam kira-kira 8 malam bagi meraikan hari lahir salah seorang rakan yang dikenali dengan nama panggilan ‘Mustafa’ yang berhenti di tepi tol berkenaan untuk berjumpa dengan kawan-kawan yang lain. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply