Home Pertahanan dan Keselamatan Rompak hasil laut negara, 20 nelayan Vietnam ditahan

Rompak hasil laut negara, 20 nelayan Vietnam ditahan

by Air Times News Network

MERSING, 18 Mei – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Mersing berjaya menahan 2 bot nelayan Vietnam bersama 20 kru kerana melakukan aktiviti mencuri hasil laut negara di Pualau Pemanggil, semalam.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, bot berkenaan ditahan pada kedudukan 7.9 batu nautika dari timur laut Pulau Pemanggil melalui operasi Op Khas Pagar Laut dan Op Bersepadu.

“Hasil pemeriksaan mendapati 20 kru termasuk tekong berumur antara 16 hingga 52 tahun disyaki warga Vietnam dan gagal mempamerkan pengenalan diri yang sah,

“2 bot serta peralatan menangkap ikan serta hasil tangkapan dianggarkan 9,000 kilogram (kg) dan bekalan diesel lebih kurang 11,500 liter turut dirampas,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, kesemua rampasan serta kru diiring masuk ke Jeti APMM Pos Teluk Gading untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985 kerana menceroboh perairan Malaysia tanpa kebenaran dari Pengarah Perikanan Malaysia dan Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal mempamerkan dokumen pengenalan diri yang sah,

“Kesemua hasil rampasan dianggarkan berjumlah RM3 juta,” jelas beliau. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply