Home SemasaGlobal Perang Ukraine: Belarus diancam kerugian US$18 bilion setahun

Perang Ukraine: Belarus diancam kerugian US$18 bilion setahun

by M.Daim

MINSK, 16 Mei – Sekatan perdagangan yang dikenakan terhadap Belarus telah menyebabkan negara itu berdepan dengan kerugian hampir US$18bilion setahun.

Perkara tersebut didedahkan oleh Perdana Menteri Belarus, Roman Golovchenko.

“Sekatan terhadap Belarus akan mengakibatkan kerugian US$16-18bilion setahun,

“Ini dengan mengambil kira jumlah produk eksport Belarus ke negara Kesatuan Eropah dan Amerika Utara ke kedua-dua rantau itu,” kata Roman dalam satu wawancara eksklusif Al Arabiya.

Beliau menegaskan sekatan ekonomi yang dikenakan terhadap negara itu bukan sekadar tekanan tetapi tindakan agresi terhadap Belarus.

“Sekatan sebegini adalah peringkat akhir sebelum berlakunya peperangan,

“Lazimnya sekatan ekonomi akan memaksa sesebuah negara untuk tunduk dengan kuasa luar,” ujar beliau.

Semenjak Perang Rusia-Ukraine, negara Barat telah mengenakan sekatan eksport dan ekonomi terhadap Moskow dan Minsk.

Sekatan dibuat berikutan penglibatan Belarus yang membenarkan tentera Rusia melalui negara itu untuk melancarkan serangan terhadap wilayah utara Ukraine. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply