Home PolitikPAS /PPBM / LAIN Dimanakah strategi kerajaan hadapi kenaikan harga makanan asas – PEJUANG

Dimanakah strategi kerajaan hadapi kenaikan harga makanan asas – PEJUANG

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Biro Kepenggunaan parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) mempersoalkan tindakan dan langkah kerajaan dalam melaksanakan strategi bagi mengatasi cabaran harga makanan asas yang semakin meningkat.

Ketuanya, Tun Afiqah Mohammad berkata, sekiranya tepung gandum mula dicatu, rakyat khususnya yang terlibat dengan pembuatan makanan berasaskan tepung akan menerima impak besar.

Justeru, beliau mempersoalkan bagaimana kerajaan bercadang untuk melaksanakan strategi ‘soft landing’ bagi mengatasi masalah berkenaan.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan India yang mengenakan sekatan eksport tepung gandum itu pada Sabtu.

“Sekatan eksport dilakukan oleh India berikutan cuaca panas luar biasa melanda dan juga peningkatan harga domestik tepung gandum negara itu,

“Harga gandum telah meningkat 60 peratus pada tahun ini,” lapor BBC.

Tun Afiqah menggesa kerajaan untuk mendalami isu ’food security’ memandangkan ini adalah masalah global.

Menurutnya, Pertubuhan Makanan dan Pertanian Bangsa-Bangsa Bersatu (FAO) menjelaskan, terdapat 4 petunjuk atau indikator yang boleh digunakan dalam mengenalpasti jaminan makanan bagi sesebuah negara.

Ia merangkumi aspek ketersediaan makanan, akses makanan, penggunaan makanan dan kestabilan makanan.

“Meneliti kepada kesemua komponen yang disarankan ini, jelaslah bahawa jaminan makanan atau food security dalam sesebuah komuniti dan negara adalah penting agar setiap lapisan masyarakat memperoleh makanan asas yang berkhasiat, tanpa perlu berhadapan dengan masalah kekurangan bekalan makanan atau terpaksa membayar dengan harga yang melampau,

Jelasnya, negara negara luar sudah mula mengambil tindakan demi memastikan bekalan makanan mencukupi untuk rakyat mereka.

“India, Indonesia telah memulakan langkah drastik,

“Dimanakah inisiatif ‘food security’ Malaysia. Apakah tahap kesiap-siagaan food bank Malaysia?

“Sekiranya negara sekali lagi dilanda bencara alam berskala besar tahun hadapan atau hujung tahun ini, apakah persediaan dari segi bantuan makanan?

“Persoalan ini menjangkau hal ehwal politik sebaliknya hal kemanusiaan. Sejauh mana kita bersedia?,” ujarnya.

Terdahulu, India melaporkan menutup eksport gandum ke negara luar. Peningkatan harga tersebut telah memberikan kesan kepada produk berkaitan termasuk roti dan mi.

Namun begitu, New Delhi menjelaskan larangan tersebut adalah bersifat sementara dan akan berubah pada masa hadapan. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply