MERSING, 17 Mei – Pasukan Polis Marin (PPM) Johor berjaya menahan sebuah bot nelayan asing warganegara Vietnam kerana menceroboh perairan negara dikawasan 8.3 Batu Nautika dari Pulau Pemanggil Mersing, semalam.
Komander PPM Wilayah 2, Asisten Komisioner Polis Muhd Zailani Abdullah berkata, bot nelayan Vietnam terdiri daripada seorang tekong dan 3 awak-awak didapati tidak mempunyai sebarang dokumen dan permit menangkap ikan yang sah.
“Kesemua yang ditahan berumur lingkungan 24 hingga 40 tahun dan turut di rampas peralatan menangkap sotong dan hasil dalam beberapa buah tong,
“Nilai rampasan dianggarkan berjumlah lebih kurang RM1,600,000,” katanya.
Menurutnya, tangkapan dan rampasan di bawa ke Markas Taktikal PPM Wilayah Dua Mersing untuk tindakan lanjut.
“Kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya. – airtimes.my