Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Hasrat 5 PATI Indonesia pulang tidak kesampaian

Hasrat 5 PATI Indonesia pulang tidak kesampaian

by Nurulhuda

LUNDU, 17 Apr – Tindakan 5 orang warga tempatan yang bertindak sebagai tekong darat cuba membawa keluar 5 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia melalui jalan yang tidak sah gagal, apabila ditahan oleh anggota tentera dalam rondaan Operasi Benteng pada Sabtu.

Markas Divisyen Pertama Infantri Malaysia (1 Div) menjelaskan, kesemua mereka ditahan di kawasan Ladang Kelapa Sawit, Rimbunan Hijau sekitar 735 meter dari sempadan Malaysia – Indonesia pada jam 1.45 petang.

“Setelah pemeriksaan dibuat mendapati 5 lelaki warga tempatan berusia sekitar 28 hingga 41 tahun dipercayai bertindak sebagai tekong yang membawa 5 lelaki PATI Indonesia berusia 17 hingga 38 tahun untuk pulang ke negara asal melalui jalan yang tidak sah,

“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM61,141.55 melibatkan 5 buah motosikal, wang tunai berjumlah RM27,839.70, 15 buah telefon bimbit serta barang kemas,” jelas 1 Div dalam kenyataan, malam tadi.

Jelas Markas 1 Div, kesemua individu tersebut bersama barangan rampasan telah diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian saringan turut mendapati salah seorang daripada PATI tersebut positif COVID-19.

Tambahnya, Tentera Darat Malaysia (TDM) terus komited mengawal keselamatan dan memastikan kedaulatan negara terus terpelihara.

“Ia terutama dalam memastikan tiada sebarang pencerobohan PATI mahupun sebarang bentuk jenayah rentas sempadan berlaku yang berisiko menyumbang kepada penularan wabak COVID-19,” ujarnya. -airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply