Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Eksesais Black Shadow uji kepakaran anggota tinjau dan sniper

Eksesais Black Shadow uji kepakaran anggota tinjau dan sniper

by Air Times News Network

GEMENCHEH – Seramai seorang pegawai dan 26 anggota dari Kompeni PANDURA (PARA) telah berjaya melaksanakan Eksais Black Shadow siri 1/2022 di Felda Rokan pada 25 hingga 31 Mac lalu.

Buletin 10 Briged (PARA) dalam hantaran di media sosialnya berkata, eksesais ini merupakan latihan kepakaran dalam menguji kompetensi elemen tinjau pasukan dalam melaksanakan penugasan 𝘐𝘯𝘵𝘦𝘭𝘭𝘪𝘨𝘦𝘯𝘤𝘦, 𝘚𝘶𝘳𝘷𝘦𝘪𝘭𝘭𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘙𝘦𝘤𝘰𝘯𝘯𝘢𝘪𝘴𝘴𝘢𝘯𝘤𝘦 (ISR) untuk disalurkan kepada 𝘗𝘢𝘳𝘢 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘎𝘳𝘰𝘶𝘱 (PBG).

Menurutnya, latihan secara gabungan melibatkan penuntut Kursus Repalman Kelas 1 Siri RM/K1/1/22 anjuran 9 RAMD (Para) berkonsepkan peperangan konvensional (CW).

“Eksesais ini telah dilaksanakan dalam 3 fasa utama iaitu Fasa 1 – 𝘗𝘳𝘦 𝘋𝘦𝘱𝘭𝘰𝘺𝘮𝘦𝘯𝘵 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 yang melibatkan Kelas Teori Operasi Tinjau, 𝘛𝘢𝘤𝘵𝘪𝘤𝘢𝘭 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 𝘞𝘪𝘵𝘩𝘰𝘶𝘵 𝘛𝘳𝘰𝘰𝘱 (TEWT) dan Perintah Ketua Platun Tinjau,

“Fasa 2 – 𝘛𝘳𝘰𝘰𝘱 𝘓𝘦𝘢𝘥𝘪𝘯𝘨 𝘗𝘳𝘰𝘤𝘦𝘥𝘶𝘳𝘦 dan 𝘙𝘦𝘤𝘰𝘯 𝘗𝘭 𝘋𝘦𝘱𝘭𝘰𝘺𝘮𝘦𝘯𝘵 dan Fasa 3 – 𝘉𝘢𝘵𝘵𝘭𝘦 𝘊𝘭𝘦𝘢𝘳𝘢𝘯𝘤𝘦 serta 𝘈𝘧𝘵𝘦𝘳 𝘈𝘤𝘵𝘪𝘰𝘯 𝘙𝘦𝘷𝘪𝘦𝘸 (AAR) oleh pegawai pemerintah,” katanya. – airtimes.my

Galeri gambar:

 

 

Related Articles

Leave a Reply