Home Pertahanan dan Keselamatan Polis Marin Tawau patahkan cubaan seludup rokok bernilai RM30,898

Polis Marin Tawau patahkan cubaan seludup rokok bernilai RM30,898

by Air Times News Network

TAWAU, 9 Apr – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok bernilai RM30,898.56 dari negara jiran di kawasan Pangkalan Kayu Balak, Batu 4, semalam.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Tawau, Deputi Superitenden Polis (DSP) Ridzauddin Selamat berkata, pihaknya telah berjaya mengesan seorang lelaki sedang memunggah barang dari sebuah bot ke kawasan persisiran pantai tempat tersebut.

“Suspek berjaya melarikan diri mengunakan bot ke tengah laut setelah menyedari kehadiran pihak polis,” katanya dalam kenyataan, pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menjumpai beberapa kotak berisi rokok pelbagai jenis yang diseludup masuk dari negara jiran.

“Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM30,898.56 dan diserah kepada Jabatan Kastam Tawau serta kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967,” jelasnya. – airtimes.my

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply