Home Pertahanan dan KeselamatanTentera Darat Kursus APAC uji tahap ketahanan mental dan fizikal anggota PARA

Kursus APAC uji tahap ketahanan mental dan fizikal anggota PARA

by Air Times News Network

MELAKA, 4 Apr – Seramai 8 pegawai dan 118 anggota tentera di bawah naungan 10 Briged (PARA) berjaya menamatkan Kursus Asas Pasukan Aturgerak Cepat (APAC) Siri 1/2022 di Pulau Besar, Melaka pada 30 Mac lalu.

Buletin Briged PARA dalam hantaran di media sosialnya berkata, kursus anjuran Batalion Ke-17 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) PARA telah berlangsung selama 4 minggu mulai 4 hingga 30 Mac lalu.

Upacara penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Pemangku Panglima 10 Briged (Para), Kolonel Khairul Anwar Soib.

“Kursus APAC direncanakan bagi menguji tahap ketahanan mental dan fizikal setiap anggota agar menepati kriteria profil warga Paratroopers,

“Di samping memberikan pendedahan asas kepada peranan dan tugas Pasukan Aturgerak Cepat (PAC), kursus ini juga menekankan nilai sense of belonging dan semangat esprit de corps yang berkonsepkan Airborne Brotherhood di kalangan penuntut,” katanya.

Menurutnya, kursus ini merangkumi Fasa Kem dan Fasa Medan dan kemuncak kursus penuntut akan diuji dengan 5 disiplin utama iaitu panduarah siang dan malam sepanjang 17 kilometer (km), mendaki gunung ledang, force march 45km, ikhtiar hidup dan mendayung.

Katanya, pada upacara penutup kursus ini telah dilaksanakan dengan berkonsepkan demonstrasi keupayaan tempur 10 Briged (PARA) yang memberi fokus kepada tugas dan peranan ketumbukan elit Tentera Darat Malaysia (TDM).

Pada majlis penutup, penuntut yang berjaya turut menerima anugerah beret merun dan sayap berdarah.- airtimes.my

Galeri gambar:

 

Related Articles

Leave a Reply

error: Content is protected !!