Home SemasaGlobal Pesawat penumpang China terhempas, 132 dikhuatiri maut

Pesawat penumpang China terhempas, 132 dikhuatiri maut

by M.Daim

BEIJING, 21 Mac – Sebuah pesawat penumpang milik China Eastern Airlines dilaporkan terhempas di kawasan pergunungan di selatan China, hari ini.

Menurut pihak berkuasa penerbangan China, pesawat Boeing 737-89P tersebut sedang dalam perjalanan dari Kunming ke Guangzhou.

“Pesawat telah terputus hubungan semasa di ruang udara bandar Wuzhou. Semasa kejadian, pesawat dinaiki oleh 123 penumpang dan 9 anak kapal,” katanya.

Tambahnya, pasukan kecemasan dan penyelamat telah dikejarkan ke tempat kejadian. – airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply