Home Pertahanan dan Keselamatan ATM pertingkat sistem komunikasi, perbaharui 153 ibu sawat sedia ada

ATM pertingkat sistem komunikasi, perbaharui 153 ibu sawat sedia ada

by Nurulhuda

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah membangunkan Sistem Telefoni Digital Bersepadu (STDB) bagi menggantikan 153 buah ibu sawat yang mengendalikan sistem telefoni sedia ada Kementerian Pertahanan dan ATM.

Bahagian Hal Ehwal Awam-J7, Markas ATM berkata, STDB ATM ini dibangunkan bagi mengantikan sistem telefon sedia ada telah yang usang, tidak ekonomi dibaiki serta ketinggalan dari aspek penggunaan teknologi komunikasi masa kini.

STDB ATM merupakan antara pencapaian bagi aspek domain siber dan elektromagnetik ATM yang dibangunkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) sejak 30 Jun 2021 lalu.

Menurutnya, sistem komunikasi bersepadu yang dibangunkan dengan kerjasama pihak Telekom Malaysia (TM) ini berasaskan produk sistem digital serta teknologi terkini di samping pembangunannya meliputi aspek penyusunan semula sistem penomboran, sewaan, caj panggilan, lesen perisian, senggaraan peralatan, khidmat sokongan serta latihan kepada pengguna.

“Sistem ini juga didatangkan bersama dengan Secured Communication Application iaitu Own Unified Restricted Application (OurApp) yang dibangunkan sendiri secara homegrown antara pihak ATM dan TM,

“STDB ini dioperasikan dengan 8 Node menggunakan Multi-SIP (Session Initiation Protocol) dengan Public Switching Telephone Network (PSTN) sebagai talian keluar masuk serta dihubungkan kepada penempatan pengguna melalui rangkaian MinDef*Net,

“Kombinasi teknologi, penggunaan MinDef*Net dan pengendalian secara bersepadu telah membawa ciri-ciri keselamatan komunikasi bagi STDB ini,” jelas ATM dalam kenyataan pada Isnin.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan Malaysia, Datuk Sri Muez Abd Aziz di Kementerian Pertahanan, hari ini.

Tambah ATM, pembangunan STDB ini juga akan melalui 4 fasa meliputi, Fasa 1 iaitu melibatkan 12 lokasi merangkumi 8 node dan 4 pangkalan utama (Jun 2021 – Jun 2022).

“Fasa 2, melibatkan 37 lokasi merangkumi markas formasi dan pangkalan (Jun 2022 – Jun 2023).

“Fasa 3 iaitu bagi kem-kem dan penempatan kecil lain (Jun 2023 – Dis 2023), manakala, Fasa 4 pula pengoperasian sepenuhnya dan pengurusan senggaraan,” jelas kenyataan itu.

Turut hadir, Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Zakaria Yadi, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertahanan, Datuk Dr Shahrazat Ahmad dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Telekom Malaysia Berhad, Ts (Teknologis Profesional) Ir (Ingeniuer) Azizi A Hadi.-airtimes.my

 

Related Articles

Leave a Reply