MANILA, 15 Mac – Duta China ke Manila, Huang Xilian dipanggil Kementerian Luar Filipina bagi menjelaskan pencerobohan haram secara berlarutan sebuah kapal Tentera Laut China di perairan antara beberapa pulau terbesar di negara itu.
Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, sebuah kapal pengintip Tentera Laut Republik Rakyat China menceroboh masuk perairan Filipina sejak 29 Januari hingga 1 Februari.
“Kapal tersebut tidak menghiraukan amaran untuk beredar yang dikeluarkan pihak berkuasa,
“Ia dikesan di luar Gugusan Kepulauan Cuyo di Palawan dan Pulau Apo di luar Mindoro yang jelas melanggar kedaulatan Filipina,” kata kenyataan itu yang dilaporkan Reuters.
China sebelum ini dituduh negara-negara Barat sering melakukan pencerobohan serta menempatkan ratusan pengawal pantai dan kapal nelayan di Zon Ekonomi Ekslusif (ZEE) negara jirannya.
Namun, tiada penempatan kapal-kapal tentera di perairan China yang tidak mempunyai tuntutan bertindih.
Hingga kini, Kedutaan China di Manila tidak memberikan sebarang reaksi terhadap persoalan itu. Kali terakhir Duta China dipanggil untuk memberi penjelasan adalah pada April tahun lalu. – airtimes.my