Home Semasa Malaysia komited perkukuh kerjasama dua hala dengan Mesir – Ismail Sabri

Malaysia komited perkukuh kerjasama dua hala dengan Mesir – Ismail Sabri

by Air Times News Network

KUALA LUMPUR, 15 Mac – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia komited menjalin kerjasama rapat dengan Mesir untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Ismail Sabri menerusi hantaran di media sosialnya berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Menteri Luar Mesir, Sameh Hassan Shoukry, semalam.

“Saya menyatakan komitmen Malaysia bekerjasama rapat dengan Mesir untuk mengukuhkan hubungan dua hala,

“Saya bersyukur Malaysia dan Mesir bersetuju mengaktifkan semula mekanisma hubungan dua hala, serta menggalakkan pertukaran lawatan peringkat tinggi secara kerap selepas dilanda pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau juga berkata, Malaysia berterima kasih kepada Mesir kerana memberikan vaksin COVID-19 kepada rakyat Malaysia yang menetap di negara itu.

“Sejumlah 2,930 daripada 7,145 pelajar Malaysia telah divaksin,” ujarnya. – airtimes.my

 

 

Related Articles

Leave a Reply