Home SemasaGlobal Australia beli 24 UAV bernilai US$476juta

Australia beli 24 UAV bernilai US$476juta

by M.Daim

CANBERRA, 11 Mac – Menteri Pertahanan Australia hari ini mengumumkan perancangan perolehan 24 buah pesawat tanpa pemandu (UAV) melalui pakej perolehan bernilai AUS$650 juta (US$476 juta).

Menurut Peter Dutton, kesemua pesawat tersebut akan dihasilkan dalam Australia.

“Projek ini akan mempertingkatkan keupayaan Tentera Darat Australia dengan menggunakan inovasi dan teknologi yang dihasilkan dalam negara,” katanya.

Perolehan tersebut turut melibatkan firma Insitu Pacific yang berpangkalan di Brisbane.

Jelas Peter, perolehan tersebut akan mempertingkatkan tahap pemantauan dan keupayaan untuk mengenal pasti sasaran.

Melalui pakej yang diumumkan, Australia akan menerima  UAV pada tahun 2023 dan 2024. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply