Home SemasaGlobal Facebook, Instagram benarkan pengguna ucapkan kematian terhadap Putin

Facebook, Instagram benarkan pengguna ucapkan kematian terhadap Putin

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 11 Mac – Pengguna media sosial Facebook dan Instagram dibenarkan untuk mengucapkan kematian terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Belarus, Alexander Lukashenko.

Malah, pengguna dibenarkan untuk melakukan seruan tindakan keganasan terhadap tentera Rusia dalam konteks peperangan di Ukraine.

Menurut laporan The Guardian, kebenaran tersebut adalah terhad di bebarapa buah negara selepas syarikat induk kedua-dua platform terbabit, Meta telah mengubah dasar pertuturan kebencian (hate speech policy).

“Sebagai tindak balas terhadap tindakan ketenteraan oleh Rusia terhadap Ukraine, pihak kami telah memberi kelonggaran terhadap ekspresi berunsur politik yang lazimnya melanggar polisi kami,

“Namun begitu, kami tidak membenarkan sebarang seruan keganasan terhadap rakyat awam Rusia,” kata Meta dipetik oleh media UK. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply