ISLAMABAD, 11 Mac – Pakistan akan merasmikan operasi jet pejuang J-10C buatan China di negara itu mulai hari ini.
Perasmian jet pejuang baharu tersebut akan disempurnakan oleh Presiden Pakistan, Arif Alvi dan Perdana Menteri, Imran Khan.
“Satu majlis perasmian akan diadakan di Pangkalan Udara Minhas, Punjab,” lapor media Pakistan.
Upacara tersebut melibatkan 6 buah J-10C yang tiba di Pakistan pada 4 Mac lalu.
Pakistan sebelum ini membeli 25 buah J-10C sebagai langkah untuk mengimbangi perolehan jet pejuang Rafale yang dioperasikan oleh India. – airtimes.my