Home Semasa 5 PATI baru mendarat dicekup PGA

5 PATI baru mendarat dicekup PGA

by Air Times News Network

SABAK BERNAM, 11 Mac – Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan 5 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi Operasi Nyah 1 (Op Nyah 1) yang dipercayai baru masuk melalui laluan yang tidak diwartakan di Parit Baru, Sungai Air Tawar, pada Khamis.

Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintenden Polis Rizal Mohamed dalam satu kenyataan berkata, kesemua PATI terbabit dikesan oleh kumpulan ronda bersama anggota Balai Polis Sungai Air Tawar serta Cawangan Khas, Ibu Pejabat Polis (IPD) Sabak Bernam pada awal pagi.

“PATI terdiri daripada seorang lelaki serta 4 perempuan berumur di antara 33 dan 55 tahun dikesan semasa rondaan pada pukul 8 pagi,

“Pemeriksaan mendapati kesemua individu berkenaan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah,

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Air Tawar untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63,

“Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan COVID-19 bagi mencegah penularan virus di kalangan pesalah dan petugas,” katanya.

Tambahnya, Batalion 4 PGA turut menyeru masayarakat agar memberi kerjasama dan menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak polis berkaitan aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang.- airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply