Home Semasa Arahan bayar pampasan RM62.59 bilion kepada waris Sultan Sulu tidak sah – Wan Junaidi

Arahan bayar pampasan RM62.59 bilion kepada waris Sultan Sulu tidak sah – Wan Junaidi

by M.Daim

KUALA LUMPUR, 10 Mac – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini menegaskan arahan pembayaran pampasan RM62.59 bilion kepada waris Sultan Sulu adalah tidak sah dan melanggar undang-undang.

Menurut beliau, Mahkamah Madrid telah membatalkan pelantikan Dr Stampa sebagai penimbang tara.

Keputusan tersebut sekaligus membatalkan tindakan dan keputusan oleh penimbang tara terbabit.

“Mahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 memutuskan bahawa partial award on jurisdiction yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal,” katanya.

Menurut beliau, penuntut telah bertindak membawa tuntutan tersebut ke Perancis sebelum 13 Oktober. Ia adalah bagi memintas keputusan dibuat oleh Mahkamah Madrid.

Selain daripada itu, Dr Stampa telah menukar tempat prosiding tersebut ke Paris bagi meneruskan Final Award.

“Mahkamah Perancis tanpa mengetahui keputusan pihak Mahkamah Madrid  telah mengeluarkan yang mengiktirafkan penganugerahan tersebut,

“Susulan daripada itu, Malaysia telah memfailkan permohonan bagi menggantung perintah terbabit,

“Mahkamah Rayuan perancis membenarkan permohonan kerajaan malaysia bagi menggantung Perintah Exequatur,

“Dr Stampa tanpa mengendahkan arahan penggantungan oleh mahkamah telah mengeluarkan Final Award,

“Final Award tersebut telah diputuskan secara sewenang-wenangnya dan tidak sah di sisi undang-undang,” jelas Wan Junaidi.

Menurut beliau, kerajaan Malaysia telah mengemukakan aduan jenayah terhadap Stampa kepada Peguam Negara Sepanyol. – airtimes.my

Related Articles

Leave a Reply